nuffnang

My SlideShow

Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Assalamualaikum w.b.t.

Istimewa buat semua online shopper, di sini anda boleh pelbagai kan lagi koleksi closet anda dengan pelbagai Koleksi Kain Pasang yg menarik serta harga yg berpatutan. . Kepada yg berminat dengan koleksi yang ada, anda boleh membuat tempahan mengikut cara2 yg di sediakan di bawah.

Sunday, November 14, 2010

Lelaki Terkaya 2010 'TOP 10'

N3 kali nie, nak citer pasal org2 terkaya kat dunia pada tahun 2010 nie,'top 10' je ler. Bukan apa, cuma nak jadikan inspirasi & motavasi tentang kejayaan mereka. Bidang2 bisnez yang mereka ceburi. Lain2 info tentang mereka tentu ramai diantara geng2 blogger yang lebih arif @ tahu dari saya kan. So, tinggalkan la komen anda. Saya pun x da la tau sangat. Mai kita tengok dari tempat pertama & seterusnya.

No.1 Carlos Slim Helu

$53.5 billionCarlosSlimHelu thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010
Telecom, Mexico.
Kekayaan beliau adalah hasil pelaburan industri telefon. Beliau memiliki syarikat telefon selular terbesar di Mexico iaitu America Movil dan menguasai rangkaian talian tetap iaitu Telmex. Selain itu aset terbesar beliau adalah dari sumber biznez yang pelbagai. Antaranya ialah ISP (Prodigy) yang dimiliki oleh syarikat pelaburannya, Online Bank, Pusat membeli belah, Syarikat rokok (Cigatam) dan rangkaian restoran dipelbagai lokasi.

No.2 Bill Gates

$53 billionBillGates thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010
Microsoft, U.S.
Bill Gate berada dikedudukan kedua lelaki terkaya dunia. Dengan nilai bersih masih naik $13 bilion dalam setahun kerana Saham Microsoft naik 50% dalam 12 bulan, nilai pelaburan Cascade kemas. Selain bertindak sebagai Pengerusi Microsost, beliau juga adalah seorang penerbit dan dermawan. Lebih daripada 60% sumber kekayaan beliau kini adalah daripada keuntungan pelaburan luar Microsoft; Antara pelaburannya  termasuklah Hotel Four Seasons, Televisa, Auto Nation. Dalam tahun 2008 beliau mengundurkan diri dari tanggungjawab di Microsoft untuk memberi tumpuan pada kerja-kerja dermawan.

No.3 Warren Buffett

$47 billion – Pelaburan, U.S.WarrenBuffett thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010
Tempat ketiga orang terkaya dunia dipegang oleh Warren Buffet. Dengan nilai kekayaan $47 billion. Hasil kekayaan beliau adalah dari sumber dan beliau merupakan pelabur paling berjaya didunia. Selain pelaburan beliau turut terlibat dalam perindustrian dan dermawan.


No.4 Mukesh Ambani

$29 billion- Petrochemicals, oil and gas. India.MukeshAmbani thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010
Beliau menduduki tempat ke-4 lelaki terkaya di dunia & tempat pertama di Asia. Merupakan pengerusi & pengarah pengurusan 'Reliance Industries' iaitu syarikat swasta terbesar di India. Kedudukan yang kukuh dalam pasaran saham India dan kenaikan nilai matawang rupee India merangsangkan permodalan pasaran semua syarikat kumpulan Reliance. Menurut ramalan 'Forbes Magazine' beliau akan mendapatkan semula gelaran orang paling kaya dunia dalam tahun 2014.

No.5 Lakshmi Mittal

$28.7 billionLakshmiMittal thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010 – Steel, India.
Beliau mengetuai syarikat keluli antarabangsa, Mittal Steel yang diasaskan oleh bapanya, Mohan. Syarikat beliau, ArcelorMittal, merupakan pengeluar keluli terbesar di dunia. Beroperasi pelbagai negara besar antaranya Amerika Syarikat, Francis, Sepanyol, Mexico, Itali, Afrika, Indonesia dan banyak lagi. Dasyat kan.


No.6 Lawrence Ellison

$28 billion – Oracle, U.S.LawrenceEllison thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010
Beliau merupakan seorang bisnesman, pengasas dan pegawai eksekutif kepasa 'Oracle Corporation', syarikat perisian komputer terbersar

No.7 Bernard Arnault

$27.5 billionBernardArnault thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010
Luxury goods, France.
Beliau merupakan pengasas, pengerusi & CEO LVMH, pengeluar barangan mewah. Syarikat beliau menghasilkan lebih 50 produk barangan mewah. Antaranya Louis Vuitton, Dior & Fendi. Selain itu beliau juga merupakan pengasas & pemegang saham kepada beberapa syarikat besar seperti Guinness & Carrefour.

No.8 Eike Batista

$27 billionEikeBatista thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010
Perlombongan, oil. Brazil.
Peringkat pemulaan, beliau terlibat dengan perlombongan emas, walaubagaimanapun beliau kehilangan segala kekayaannya setelah bergabung dengan syarikat perlombongan Canada, TVX Gold. Beliau terpaksa menjual syarikatnya dengan harga $1 billion pada tahun 2000. Kemudian beliau mula melabur dalam beberapa jenis perniagaan, terutamanya perlombongan. Sebahagian besar hasil kekayaannya adalah dari OGX, iaitu syarikat gas & minyak yang diasaskan pada tahun 2007.

No.9 Amancio Ortega

$25 billion
Industri Fesyen, Spain.
AmancioOrtega thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010Beliau merupakan pengasas industri fesyen melalui Inditex; syarikat fesyen yang beroperasi dibawah beberapa jenama termasuk Zara, Massimo Dutti and Stradivarius. Terdapat 4,500 stores di 73 negara termasuk yang terbaru di Mexico and Syria. Selain itu beliau turut membuat pelaburan dalam industri gas, pelancongan, perbankan dan hartanah. Beliau turut memiliki harta di Madrid, Paris, London dan banyak lagi. Termasuk hotel mewah & Kompleks apartment di Miami


No.10 Karl Albrecht

$23.5 billion
Pasaraya, Germany.KarlAlbrecht thumb Top 10 Richest person in the world 2010 | who is the richest person in the world 2010
Beliau merupakan pemilik Pasaraya diskaun terbesar, Aldi Sud. Beliau memiliki 1,000 rangkaian di U.S. diseluruh 29 negeri. Beliau memulakan tapak perniagaannya dengan mengambil alih pasaraya kecil milik ibunya & mengusahakannya bersama-sama abangnya.


Macamtu la, sedikit sebanyak n3 yang dapat saya masukkan. Dasyat kan mereka. Sebahagian dari mereka tak da pun latar belakang pendidikan yang tinggi tapi mereka ada matlamat, keyakinan, keinginan dan kepercayaan pada diri untuk melakukan sesuatu. Tak dapat jadi yang terkaya didunia, dpt jadi yang mampu bantu diri sendiri, keluarga & yang memerlukan pun dah cukup. Tapi dalam masa yang sama, perlu jadi yang terkaya untuk akhirat nanti yer. Jangan terkejor-kejor kat dunia ni, smp terlupa yang kat dunia ni sementara ja...Insyaallah...Mudah-mudahan Allah sentiasa buka pintu rezeki untuk kita selagi kita tidak pernah lupa kepadaNya.

Saturday, October 30, 2010

Apa punya mengong daaaaaaa...

Assalammualaikum

Wat semua blogger di luar sana...N3 ptg nie, 'apa punya mengong ler aku nie'...Y?

Blog ni dah lama x da new N3, so nak masuk le beberapa N3 yg dah d draft sblm ni. Pandainye aku, g delete semua N3 yang ada sbb aku ingat semua tu draft je...adeilaaaa...

Sekarang tinggai 1 N3 ja. Itu le pasai...nama pun, baru nak jinak2 ayam, mestilah ada wat silap. Org kata hidup x kan sempurna kalau x wat silap, slagi x wat silap, slagi tu kita x kan pandai. Tapi jgn la wat silap selalu, itu cari masalah namanya.

Pengalaman2 mcm tu yang selalu menjadikan kita lebih dewasa/matang. Mungkin x byk, tp bergantung kpd individu tu sendiri.